Dua wanita dedah payudara ditangkap


 
 LVIV, Ukraine - Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. - Agensi




Post a Comment

Blog Archive