bertudung tapi seksa..

macam mana nie..tak tau nk komen ler...

Izwan Pilus meninggal dunia



SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.


Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.


Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.


Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.


Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.


Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.


Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"


Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.


Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi
selepas

demam panas berpanjangan selama seminggu.

Rakyat Malaysia Tangga Ketiga Paling Curang Di Dunia

RAKYAT Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki-lelaki Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama diikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.

Russia dan Hong Kong di tangga ke empat dan kelima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.

Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah... [ baca selengkapnya ]

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

 Umum dah mengetahui yang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia[BR1M] yang berupa bantuan tunai RM500 telah pun di lanjutkan ke 10hb Februari 2012.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang telah pun membuat permohonan sebelum ini, bolehlah menyemak status permohonan yang telah dibuat. Untuk menyemak, Pemohon bolehlah menghubungi talian hotline yang telah disediakan iaitu1800222500 atau 1300883010 mulai 16hb Jan 2012. Talian tersebut akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 Petang.
Sekiranya permohonan  tersebut tidak berjaya, rayuan bolehlah dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat LHDN dan agensi berkaitan.  Ianya boleh juga di akses melalui laman sesawang LHDN di SINI

Dokumentari Special Air Service (SAS)


 Special Air Service atau SAS kor Tentera British yang ditubuhkan pada 31 Mei 1950. [5] Mereka adalah sebahagian daripada United Kingdom Special Angkatan (UKSF) dan telah berkhidmat sebagai model untuk kuasa-kuasa khas negara-negara lain di seluruhdunia. [8] [10] SAS bersama-sama dengan Perkhidmatan Bot khas (SBS), khas Reconnaissance Regiment (SRR), dan Angkatan khas Kumpulan Sokongan (SFSG) membentuk UKSF di bawah pimpinan Angkatan Pengarah khas.
SAS menjejaki asal-usul kepada tahun 1941 dan Perang Dunia Kedua, dan diperbaharui sebagai sebahagian daripada Askar Wataniah pada tahun 1947, dan dinamakan Batalion ke-21, Rejimen SAS, (Rifles Artis). Tentera Regular 22 SAS kemudiannya mendapat kemasyhuran dan pengiktirafan di seluruh dunia selepas berjaya menyerang Kedutaan Iran di London dan menyelamatkan tebusan pada tahun 1980 Iran Embassy Siege, mengangkat rejimen dari kekaburan di luar penubuhan tentera. [11]
Perkhidmatan Udara Khas pada masa ini terdiri daripada 22 Rejimen Khas Perkhidmatan Udara Tentera Biasa, 21 Rejimen Perkhidmatan Udara Khas dan 23 Perkhidmatan Udara Khas Rejimen Askar Wataniah. Ia ditugaskan terutamanya dengan keganasan kaunter dalam masa aman dan operasi khas dalam peperangan.

Pertunjukkan Mercun Sempena Tahun Baru 2012 Seluruh Dunia

Kuala Lumpur pun ada dalam set ini




Penembak Curi Terbaik Dalam Sejarah Tentera USA

One shot.......... 255 kills. Main Counter Strike mesti power!








Dengan 255 confirmed kills, Chris Kyle ialah penembak curi terbaik dalam sejarah ketenteraan Amerika. Chris yang bertugas sebagai penembak curi untuk pasukan Navy Seals memecahkan rekod yang dipegang Army Staff Sgt. Adelbert F. Waldron ketika perang Vietnam dengan 109 confirmed kill. Chris Kyle mendapat kesemua kills ketika bertugas di Iraq. Secara keseluruhan beliau sudah bertugas sebanyak 4 tour di negara bekas pimpinan Saddam Hussein ini.

Menurut Chris yang berasal dari Texas beliau sudah mula menembak sejak kecil. Senjata kegemaran beliau ketika membesar ialah sebuah shotgun. Apabila memasuki tentera beliau dipilih menjadi seorang sniper elit pasukan SEAL. Jika dulu beliau suka shotgun kini beliau menggunakan raifal Lapua Magnum. Mangsa pertama beliau di Iraq ialah seorang wanita yang cuba melakukan serangan berani mati. Beliau menambak mati wanita itu sebelum bom tangan didalam genggamannya dapat diletupkan. Chris is so good at his job of sniping that he was nicknamed Al-Shaitan Ramad , Si Setan Ramadi kerana kehebatan beliau menembak curi para pejuang kebebasan Iraq di daerah Ramadi. Wang ganjaran USD 20 000 juga ditawarkan kepada mana-mana pejuang Iraq yang berjaya membunuh beliau.

Beliau sudah bersara dari tentera Amerika dan kini bertugas sebagai seorang military contractor yang memberikan kawalan peribadi kepada VIP. There you go.




Gambar Manusia Mempunyai Dua Kemaluan / Khunsa

Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.

NOTA KAKI: Paparan gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah tetapi sebagai pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui bagaimanakah kemaluan khunsa. Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi. Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk melihat gambar di atas.

Pasukan Khas Komando yang terbaik di dunia

Bila sebut tentang pasukan khas atau dalam bahasa inggerisnya yang di panggil Special Forces, tentu korang akan terbayang seorang komando yang hidup dalam hutan dan memakan bermacam-macam haiwan dan tumbuhan untuk survive. Itu ialah cara untuk meneruskan kehidupan andai bekalan makanan habis atau terputus hubungan dengan pusat kawalan ketenteraan.

Sebenarnya Pasukan khas ini selalu melakukan misi-misi merbahaya seperti meletakkan laser point di dalam kawasan musuh untuk menandakan sasaran jet pejuang, menyerbu kediaman atau pesawat yang dirampas pengganas, melakukan risikan dalam kawasan musuh, menangkap atau menghapuskan sasaran terutamanya kepada penembak tepat atau Sniper dan macam-macam lagi la.

Di bawah ini antara senarai 10 pasukan khas yang terbaik di dunia :



1. British SAS (Special Air Service)
2. U S. Navy SEALs

Pasukan Komando Tentera Laut Amerika Syarikat


3. Shayetet 13


Unit Komando Tentera Israel


* Pejuang Palestin lebih hebat dari mereka ni













4. The Delta Forces

Unit anti pengganas Tentera Amerika Syarikat


















5. U S. Army Green Berets

Nama samaran U. S. Army Special Forces. pasukan ini terlibat dalam misi-misi melakukan pembunuhan senyap dan sebagai penembak tepat atau Sniper.










6. U.S. Army Rangers

Pasukan tentera yang terdiri daripada Askar payung terjun, pakar serangan kombat, pertempuran di bukit, serangan dalam air dan mahir dalam pengetahuan senjata api.










7. MI - 6

Jabatan Perisikkan Britain















8. MARSOC

Pasukan Khas U. S. Marine Corps













9. French Naval Commando's

Komando Tentera Laut Perancis















10. Spetsnaz

Pasukan khas Tentera Rusia














Pasukan Komando Elit yang juga dilatih khas oleh Jabatan perisikkan MI - 5 dan MI - 6 Britain sebagai perisik. Semasa ancaman komunis di Malaysia suatu ketika dahulu, SAS telah diberi tugas untuk melatih komando Polis Di Raja Malaysia VAT 69 untuk menghadapi serangan gerilla pihak Komunis Malaya.


AngryFun

Belajaq Loghat kedah

Mai belajaq bahasa UTAQA dengan AngryFun-
~sapa hat mlut tergeliat tu~kami org utara!!

1.Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15 Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar

Kembaq Zizan Raja Lawak

Zizan semalam muncul dalam Maharajalawak Mega. Namun itu sudah menjadi perkara biasa, bagi segelintir peminat Zizan RL ni, mungkin ada juga yang masih tidak tahu, yang Zizan sebenarnya ada saudara kembar tapi bukan di Malaysia, orang putih. Nama kembar Zizan tu, Barry Manilow. Tengok gambar dibawah ni, seiras bukan

Radio Frenzy fm

Sekirannya anda mahu dengar Frenzy FM ke udara sila klik sini



Radio Era fm

Mahu dengar Era.fm diudara..Klik disini

Radio THR fm

Dengar Radio THR secara Online disini


Amalina Che Bakri Dulu Dan Sekarang , Pelajar Cemerlang SPM 2005 -ANGRYFUN

Masih ingatkah anda semua dengan pelajar cemerlang SPM pada tahun 2005 dulu 

 Jom lihat sedikit info mengenai gadis ini .Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

 DAHULU


SEKARANG





  Apa komen anda??