Gambar Proton Preve Kemalangan Dijadikan Bahan Ketawa

Semalam satu Malaya kecoh dengan satu gambar Proton Preve yang kemalangan. Lantas ramai yang membuat andaian sendiri kereta Proton Preve ini tidak berkualiti. Secara logiknya, kereta sorong yang baru dibeli sekalipun kalau anda tunjah macamana pun, takkan mungkin tercabut tayarnya kalau bukan atas sebab-sebab yang sepatutnya.







Begitu jugalah dengan Proton Preve ini yang mana mungkin boleh tercabut tak tentu pasal kalau bukan atas sebab yang logik. Nasiblah timbul pihak-pihak yang mengetahui kejadian sebenar menjelaskan tentang gambar ini agar tidak terus menjadi nanah kepada Proton Preve yang belum pun lagi dapat dilihat dengan mudah di atas jalanraya.

"First Preve crash- salesman went 120kmh in Sentul, tried to avoid a car and tyre hit the pavement!!!! Tie rod patah beb!!" - Hazeri Samsuri, editor at Top Gear Malaysia.

Apa yang paling tak tahan, gambar tersebut dijadikan bahan ketawa oleh sesetengah individu. Kami tak pasti siapa yang edit gambar ini samaada rakyat Malaysia atau siapa, tapi terpulang pada penerimaan masing-masing samaada ianya sekadar jenaka atau boleh diklisifikasikan sebagai penghinaan kepada Proton.

Proton Preve VS Nokia 3310



Oh! Tidak: Memang semua orang tahu Nokia 3310 ni kalau dibaling ke cermin kereta apapun, memang retak seribu la cermin kereta. Kalau kena kepala, kalau panjang umur ICU. Kalau tak masuk ICU, faham-faham ajelah. Haha.



Credit to Ohtidak

Ops Lumba Haram di Skudai Johor- 103 kereta ditahan


Telah ditayangkan di 999 Tv3 @ 12/04/2012

Anggota polis maut digilis lori ketika kejar kereta

13/04/2012


BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis yang sedang mengejar sebuah kereta, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah lori di Permatang Tinggi, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata ketika kejadian pada 8.45 malam itu, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang bertugas di Balai Polis Machang Bubok, mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan semasa sedang meronda bersama rakan setugasnya dengan masing-masing menunggang motosikal.
Nan Ruazlan memintas kenderaan berkenaan bagi menahan dan memeriksanya dan ketika menghampiri kenderaan itu, pemandunya, seorang lelaki, memecut kenderaannya lalu bergesel dengan motosikal mangsa.

"Akibat kejadian itu, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar pembahagi jalan dan beliau (Nan Ruazlan) terpelanting di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lori yang lalu di kawasan terbabit," katanya kepada pemberita selepas melawat jenazah mangsa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), malam tadi.

Ayub berkata, mangsa yang berasal daripada FELDA Kahang Barat, Kluang, Johor cedera parah di bahagian kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke HBM untuk dibedah siasat.

5 Ayat Jiwang Korea Yang Mampu Mencairkan Hati Para Awek

Jangan cuba tipu saya dengan menyatakan yang anda tak pernah tengok drama Korea. Saya tahu yang anda adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Saya faham jiwa anda memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata anda akan bengkak menangis.


Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta mereka sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau anda menggunakan ayat jiwang Korea kepada awek anda semasa bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie.-

Situasi 1
Tangan anda memegang si chikaro dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
'Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.'

 
Situasi 2
Usapkan tangan anda ke wajah si chikaro. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
'Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..'


 
Situasi 3
Semasa si chikaro ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
'Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.'

Situasi 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awek anda.
'Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya'

Situasi 5
Si chikaro yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.
'Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?'

Saya tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si chikaro anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.

Credit to Bujanglapokmoden.com